Wednesday, October 15, 2008

Sejarah Islam [ Adakah anda lupa~? ]

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهمﱠ نْصُرِ الإسلام وَ الْمُسْلِمِين فِي كُلﱢ مَكانْ

"Ya Allah! Bantulah Islam dan kaum Muslimin di setiap tempat!"


Saturday, October 11, 2008

Ikhlas serta Menghadirkan Niat dalam Setiap Perbuatan dan Amalan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam hadith shahih,
riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim,
daripada Amirul Mukminin,Umar bin Al-Khaththab r.a berkata,
aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

اِنﱠما الأعْمالُ بِالنياتِ ، وَانما لِكُلﱢ امْرىءٍ ما نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللهِ وَرَسُولِهِ ، فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ و رَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا ، أوِ امْرَاَةﱟ يَنْكِحُهَا ،فَهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إلَيهِ
" Sesungguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat ,
dan seseorang itu memperoleh sesuai dengan apa yang diniatkannya ,
maka barang siapa hijrahnya kepada ( atau kerana ) Allah dan RasulNya ,
maka hijrahnya itu kepada ( atau kerana ) Allah dan RasulNya ,
dan barang siapa hijrahnya itu untuk dunia yang ingin didapatkannya ,
atau wanita yang akan dinikahinya ,
maka hijrahnya itu kepada apa yang diniatkannya. "

________________________________________

  • Niat satu keharusan dalam setiap perbuatan dan amalan,meskipun perbuatan itu zahir pada perbuatan itu sendiri seperti sholat ataupun perbuatan yang menjadi sarana seperti bersuci dan sebagainya.Demikian itu,keikhlasan tidak tergambar tanpa adanya niat.
  • Niat tempatnya di 'hati' ,bukannya dengan berkata atau secara lisan,itu dinamakan 'lafaz'.
  • Amalan-amalan sholeh harus disertai dengan niat-niat yang baik.Niat yang baik tidak akan mengubah kemungkaran menjadi kebaikan,sebagai contoh : Merompak wang dengan niat untuk bersedekah. Dan niat yang baik tidak akan mengubah bid'ah kepada sunnah.
  • Niat baik dan ikhlas kerana Allah s.w.t adalah salah satu syarat diterimanya amalan.Sebab,Allah s.w.t tidak akan menerima amalan kecuali yang paling ikhlas dan tepat.
لِيَبْلُوَكُمْ أيﱡكُمْ أحْسَنُ عَمَلاً

"...Allah menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya...".Al-Mulk (67):02

dan Al-Qadi Al-Fudhail bin Al-I'yadh juga pernah menyatakan :
"amalan itu yang paling tepat dan yang paling ikhlas"


Yang paling ikhlas adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan yang paling tepat adalah sesuai bertepatan dengan As-Sunnah Rasulullah s.a.w.

Syarah Riyadhus Sholihin
karangan Imam An-Nawawi rhm.

________________________________________

Tambahan dari saya :

Berbalik kepada hadith Rasulullah s.a.w, pasti kamu ada terfikir, mengapa hadith ini disebut dan kemudian ada juga menyebut mengenai hijrah.

secara ringkasnya,

ketika hadith ini disebut oleh nabi s.a.w adalah ketika peristiwa hijrah dari Makkah ke Yathrib(Madinah).
Punca nabi menyebut hadith ini adalah kerana terdapat satu orang itu berhijrah kerana ingin mengikut wanita yang mengikuti peristiwa tersebut kerana hendak mengahwininya.

Oleh itu,perbuatan seseorang itu dapat bersesuaian dengan apa yang diniatkan.Insya Allah.

Dalam Kumpulan Hadith 40 oleh Imam An-Nawawi,
ada menghuraikan mengenai hadith ini.
Kamu boleh juga merujuk kepada kitab tersebut atau
mana-mana kitab yang mensyarah hadith-hadith shahih.

اللهُ تعلى أعْلام

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, October 10, 2008

Muqadimmah

بسم الله الرحمن الرحيم

إنﱠ الْحَمْدَ الِلهِ ، نَحْمَدُهُ ، وَنَسْتَعِينُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوذُبِاللهِ مِنْ شُرُورِ أنْفُسِنَا ، وَمِنْ سَيْئَاتِ
أعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلا مُضِلﱠ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ . وَأشهد أن لا إله إلا الله وَحْدَهُ
لا شَرِيكَ لَهُ ، وأشهد أن محمدا عَبْدُهُ وَرسولُهُ



" Sesungguhnya segala pujian bagi Allah, kita memujiNya, dan kita memohon pertolonganNya,
dan kita memohon keampunanNya, dan kita memohon perlindungan dengan Allah daripada
kejahatan diri kita, dan daripada keburukan amalan-amalan kita,
barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada sesiapa pun dapat menyesatkannya,
barang siapa yang disesasatkan oleh Allah maka tiada sesiapa pun dapat memberinya petunjuk,
dan aku bersaksi tiada Ilah melainkan Allah dan tiada sekutu padaNya,
dan aku bersaksi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. "